Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

21 April 2015

Projek Quranic Botanical Garden

Terdapat beberapa jenis tumbuhan dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Sebagai satu inisiatif memperkenalkan tumbuhan-tumbuhan ini, pihak Sekolah Islam Al-Farabi, Klang, menyahut cabaran YB Dr. Hajjah Halimah Ali, untuk menubuhkan sebuah taman, yang terletak di padang Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Farabi, Klang.

Kerja-kerja permulaan projek yang dikenali sebagai Quranic Botanical Garden atau Taman Botani Al-Quran ini telah bermula sejak bulan Mac 2015 yang lalu dengan sumbangan tenaga daripada warga Al-Farabi yang terdiri daripada kalangan Ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah, kakitangan dan guru-guru sekolah termasuk AJK Pibg serta pelajar-pelajar sekolah.







02 March 2015

Aktiviti Bulan Februari



Hari Terbuka Kelas Pra-Tahfiz 

Tarikh : 3 Februari 2015

Tempat : SRIIF









Kem Kepimpinan Pelajar (anjuran Al Farabi Training and Consultancy)

Tarikh : 14 Februari 2015

Tempat : Sekolah Menengah Islam Al Farabi







Program Praktikal Memberus Gigi dengan kerjasama Klinik Pergigian Anika, Klang

Tarikh : 17 Februari 2015

Tempat : SRIIF

Aktiviti Bulan Januari



Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi

Tarikh : 19 Januari 2015

Tempat : Dataran Sinar Gemilang, SRIIF







Merentas Desa Peringkat Daerah Klang (MSSD)

Tarikh : 31 Januari 2015

Tempat : Sekolah kebangsaan Bukit Kapar






Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah Rendah

Tarikh : 30 Januari 2015

Tempat : Dataran Sinar Gemilang

03 November 2014

Perkampungan Ilmu SMA 2014 Bermula!

Dari tarikh 3 November 2014 hingga 14 November 2014, calon-calon Sijil Menengah Agama 2014 mula 'berkampung' di sekolah untuk melipat gandakan usaha dan persiapan berhadapan dengan peperiksaan yang bakal menjelang pada 17 November 2014 nanti.

Semoga kesungguhan yang ditunjukkan mengundang nusrah dan inayah daripada Allah Ta'ala sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SMA pada tahun ini. Amiin....

01 November 2014

Musabaqah Tahfiz Al-Quran Lil Banat (MAQLIB 2014)

Pelajar Kelas Pra-Tahfiz, Sekolah Islam Al-Farabi, Aisyah Izzati bte Saifullail telah menyertai MAQLIB 2014 yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Beliau mendapat hadiah saguhati bagi Kotegori 2 (Surah-surah pilihan) di dalam pertandingan ini. Beliau terlebih dahulu telah melepasi peringkat saringan sebelum layak menyertai peringkat ini.

Semoga pengalaman yang ditimba menjadi batu loncatan untuk pelajar sekolah ini lebih menyinar pada masa akan datang, in sya' Allah.

25 October 2014

Perarakan Sempena Sambutan Tahun Baru Islam 1436H

Pelajar-pelajar Sekolah Islam Al-Farabi menyertai perarakan sempena Sambutan Tahun Baru Islam 1436H Peringkat DUN Selat Klang.

Sekolah Islam Al-Farabi menghantar dua kontijen perarakan yang terdiri dari pelajar-pelajar muslimin SMIAF dan Pergerakan Puteri Islam SMIAF. 

Kontijen muslimin SMIAF telah dinobatkan sebagai Johan Perarakan bagi kategori NGO & Sekolah sementara kontijen Pergerakan Puteri Islam SMIAF mendapat naib johan bagi kategori yang sama. SYABAS!

01 October 2014

Aktiviti Tahfiz (terkini)

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, untuk tahun ini Pra-Tahfiz Al Farabi telah menganjurkan beberapa aktiviti bermula dari bulan Mac sehinggalah bulan September. Program bermula pada 23 Mac 2014 dengan program Motivasi Keibubapaan dimana pihak tahfiz menjemput ibu bapa pelajar bagi menerangkan dengan lebih lanjut proses pengajaran dan pembelajaran tahfiz disamping soal jawab antara ibu bapa dan guru-guru tahfiz. Program berlangsung di Surau Nur Gemilang, SRIIF.

Pada 26 dan 27 Mei 2014,  di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Farabi. Pihak tahfiz telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Kem Tahfiz 2014 bagi memantapkan bacaan pelajar-pelajar. Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang 2 hari program berjalan. Selain itu, pada 11 September 2014, Pra-Tahfiz Al Farabi telah mengadakan Pra-Pertandingan Musabaqah Hafazan di Surau Nur Gemilang. Peserta yang terlibat ialah pelajar-pelajar yang terpilih dalam Pertandingan Musabaqah Hafazan Alquran Lilbanat 2014 (MAQLIB) 16/9/2014, di Maahad tahfiz Lil Aytam, Kuang, Selangor 












11 September 2014

Bengkel STEM

Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Islam Al-Farabi, Klang, bersama-sama dengan pelajar daripada Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar dan Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor  telah mengikuti majlis pelancaran Bengkel Pendidikan STEM (Sains, Technology, Engineering & Mathematics) di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini pagi tadi.

Klik link di bawah untuk membaca laporan dari Selangorkini.com :

http://bm.selangorku.com/58470/angkat-ilmuan-sebagai-contoh-ikutan-bukan-hanya-artis/